Shopping di Ikea Kg Pandan...Eh Ikea Cheras


Ikea Cheras mula dibuka kepada umum minggu lepas 19 November 2015, merupakan cawangan kedua di Malaysia selain Ikea Mutiara Damansa. Cawangan ini terletak tidak jauh dari Segitiga Emas Kuala Lumpur. Saya mengambil kesempatan diminggu kedua pembukaannya berjalan untuk membeli perabot.

( untuk versi Inggeris klik di SINI ).


Saya menetap di selatan Lembah Klang, terdapat 3 laluan dari tempat saya tinggal , mengikut apps google map perjalanan mengambil masa 45m tapi saya tiba setelah satu jam setengah memandu ! Mana taknya lokasi Ikea ini terletak di bahagian dalam jauh dari jaringan jalan besar/highway, jalan pulak hanya jalan kecil. Komplek Ikea ini pun masih belum beroperasi sepenuhnya dimana ia akan disambungkan dengan IPC yang sedang dalam pembinaan bersebelahan. Untuk sampai ke jalan Cochrane dimana ia terletak, semua arah berlaku kesesakan lalu lintas ditambah dengan kerja pembinaan yang belum siap sepenuhnya di kawasan sekitar.

Pada saya lokasi Ikea Cheras tidak sesuai dan tidak efisien kerana tidak mesra pengguna bagi yang memandu kenderaan sendiri. Lain dengan Ikea Mutiara Damansara yang terlepak di sebelah lebuhraya LDP dan jaringan jalan yang lebar dan selesa. Ikea Kampung Pandan ooops Ikea Cheras di kelilingi oleh pangsapuri kos sederhana dan deretan rumah kedai. Walaupun ia sepelaung dari Berjaya Times Square dan amat jelas dari KLCC, memandu ke sini seperti memandu ke tengah tengah Kuala Lumpur. Mungkin sasaran pengunjung adalah dari Pusat Bandar dan sekitar, tetapi memandu ke sini boleh buat anda tertekan dan menganggu mood anda untuk membeli belah.



Setelah memandu ke ruang parkir di aras besmen 1, ramai pemandu hilang punca, arah laluan agak mengelirukan. Pasukan Rela ada membantu untuk mengawal keadaan. Laluan bertentangan digunakan untuk ke ruang yang mereka kehendaki. Tapi saya agak bernasib baik kerana dapat petak parking ditengah hiruk pikuk pemanduan sekeliling. Ruang kedai untuk disewa masih kosong di laluan ke lift.

Ruang legar utama menempatkan kiosk swedish finger food- Karipap Ikea yang sangat popular dan deretan cashier. Pengunjung diarahkan untuk ke tingkat atas ke ruang galeri. Susunan ruang adalah agak sama dengan sususan ruang di Ikea Damansara.

Turutan pengunjung adalh seperti :
1) Masuk ruang legar utama - 
2) naik keatas ke ruang galeri - 
3) pusing galeri -
4) jumpa restoran meatball hujung galeri -  
5) turun ke bawah ke ruang self-pickup shelf - 
6) bayar di cashier dan kembali ke ruang legar utama.

Saya sempat membeli karipap dan hotdog setelah selesai urusan belian perabot. Setelah beratur dan membayar set hotdog + air soda, saya diberi cawan kosong. Minuman disediakan untuk 'layan-diri' dimana pengunjung di arahkan mengisi air berkarbonat di ruang 'drinks dispenser' sebelah pintu masuk utama.

Sedang menikmati karipap disamping air soda didalam cawan kertas, saya terlihat gelagat sepasang pengunjung dalam keanehan  mundar mandir melihat cawan kertas ditangan pengunjung lain. Mungkin pasangan ni terpikir cawan kertas ini ada di kawasan 'drink dispenser' dan ia percuma.

Tidak lama kemudian .. saya di datangi oleh seorang pakcik tua ni dan bertanya  " kawan, ini cawan angkat mana? " Saya jawab " ini beli set makanan dikaunter karipap tu". Agaknya kebanyakan pengunjung ingat ruang minuman ini kantin makanan percuma kot haha.

Hampir 2 jam di Ikea saya pun turun ke besmen untuk memandu pulang. Sampai di parkir kereta semua tersekat, bunyi hon sabung menyabung. Saya cuba untuk mencelah laluan yg sedang sesak dengan troli yang memuatkan barang yang dibeli. Cabaran untuk membeli belah di bandar adalah mencari ruang letak kereta, setibanya saya di kereta seorang pengunjung 'mark' petak parking saya dalam kegigihan takut petak saya di ambil oleh orang lain. Suka hati kau lah...aku dah selesai nak balik dah.

Memandu keluar parkir ke aras tanah, jalan masih sesak. Ditambah pulak dengan gelagat hijabistabergambar berlatarbelakangkan dinding Ikea..alahaaai dik, jakunnya.

Mungkin ini gelagat biasa generasi post twitter-instagram, menjadi kemestian untuk bergambar ala menjengkelkan untuk dikongsikan di internet.

Saya pulang bersama perabot ( klik di SINI untuk baca selanjutnya ) yang dibeli sampai ke rumah di senja hari.

Mungkin tidak akan datang ke Ikea Cheras lagi dalam tempoh setahun dua ini. Pengalaman memandu bermula dari  rumah ke Cheras ke  ke parkir dan membeli tidak seberapa lancar. Saya lagi selesa mengunjung Ikea Mutiara Damansara.

Post a Comment

0 Comments